Friday 13 September 2013

Soal Hati



Siapa kah aku yang sebenar dalam hati kamu 
tiap masa 
tiap waktu
 tiap ketika 
aku menanti jawapan ikhlas dari hati kecil kamu

kamu pergi dan datang begitu sahaja
tanpa pernah memikirkan rasa dan perasaan di sudut dalam hati aku
boneka kah diri aku ini pada pandangan mata kamu 

aku hanya seorang gadis yang biasa 
gadis yang sentiasa berusaha membahagiakan hati insan di sekeliling nya

mengapa kamu perlakukan aku sedemikian rupa dan cara
apakah semua kata kata mu itu yang dulu hanya lah sekadar ayat ayat puitis yang hanya ingin mencairkan hati dan perasaan seorang gadis seperti aku ?

siapa lah aku untuk menjadi hakim di dunia hanya kerana ingin tahu bukti sebenar yang wujud di dalam kancah percintaan kita

Tiada peluang kedua yang harus aku berikan lagi
cinta hati aku hanya dipersia kan oleh diri mu
tiada yang dihargai 
dan
tiada yang dipandang 

apatah lagi untuk dibalas oleh kamu sang peria cinta aku

aku makin dewasa dan akan teruskan nyawa aku untuk yang teragung 
aku hidup kerana ALLAH

Aku percaya bahawa Dia telah tetap yang seseorang untuk melindungi ku mencintai ku di dunia dan di akhirat kelak 
tanpa ibubapa , siapa lah aku 
kamu pun jua begitu

hargai lah apa yang ada di depan mata selagi masih ada





Terima Kasih kerana sudi membaca . Sila komen kalau sudi :)

No comments: