Tuesday 11 October 2011

BILA RINDU, APA NAK BUAT??




Melihat gambar-gambar si dia




Dengan melihat gambar-gambar sidia,pasti perasaan rindu tu akan berkurang dan peraasaan sayang tu makin bertambah. Perhatikan gambar sidia sepuas hati anda. Tengok apa yang ada pada dia yang membuat anda tertarik dengan dia.


Hubungi si dia




Dengan menghubungi si dia,sudah cukup untuk menghapuskan perasaan rindu tu untuk sementara waktu. Macam-macam perasaan yang kita lalui bila calling tu.Ada yang nangis,gembira,sedih,terharu dan macam-macam. Mendengar suara sidia,memang merupakan saat yang paling bermakna setelah sekian lama tak bertemu. Jika si dia sibuk, SMS pun boleh juga =)



Mengimbas kembali kenangan bersama




Semua orang takut bila berjauhan dengan si dia sebab takut sidia akan curang or dirampas oleh orang lain. Hal ini sebenarnya salah. Si dia sentiasa akan memikirkan kita dan tidak akan curang kepada kita. Cuba untuk memikirkan kenangan yang telah dilalui bersama. Dengan cara ni,pasti korang boleh menghindarkan perasaan tu disamping membuat korang bertambah sayang kat dia.



Memeluk pakaian si dia




Dengan memeluk pakaian si dia juga boleh mengubati rindu. Bau pakaian tu boleh membuatkan kita semakin sayang dengan sidia. Macamana tu? Bila kita terhidu bau pakaian orang yang kita sayang tu,pasti kita akan teringat kembali kepada sidia. Pasti korang akan teringat kembali kenangan-kenangan indah bersama =)



Melawat tempat-tempat yang pernah dilalui bersama




Pergi ke tempat-tempat yang pernah dilawati bersama. Pasti perasaan korang akan segar dan tenang bila pergi ketempat tu. Tenangkan fikiran dan tarik nafas dalam-dalam. Cuba bayangkan si dia dengan anda.





Terima Kasih kerana sudi membaca . Sila komen kalau sudi :)

No comments: